Ads Top

Calon Anugerah Skrin 2019

Anugerah Skrin 2019 yang memberi pengiktirafan kepada para penggiat seni tanah air bakal mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal. Malam anugerah ASK 2019 bakal berlangsung pada 1 November 2019 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pukul 9.00 malam di TV3. Bakal menyaksikan 23 kategori dipertandingkan manakala pengumuman barisan pemenang untuk 7 kategori akan disiarkan dalam program Melodi TV3 pada 27 Oktober 2019, pukul 12.00 tengah hari.

ASK 2019 mengekalkan konsep tahun lalu iaitu tanpa hos utama mengendalikan malam anugerah tersebut, sebaliknya menampilkan enam pasangan selebriti berperanan sebagai penyampai anugerah iaitu Elly Mazlein dan Shuk, Zizan Razak dan Nabila Huda, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Siti Sarah dan Shuib, Shaheizy Sam dan Syatila Melvin serta Azad Jasmin dan Eira Syazira. Malam anugerah akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh pasangan duo seperti Datuk Jamal Abdillah dan Sissy Imann, Syamel dan Ernie Zakri, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah serta Ayda Jebat dan Santesh, serta pelbagai segmen lain yang menarik seperti pertunjukan silat mata yang memukau oleh The MADgicians, tarian yang energetik oleh Zeppo Youngster Crew by Boojae, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey & Zizi Kirana, dan persembahan daripada Andi Bernadee.

Sebanyak 17 drama bakal dinilai sebagai Drama Terbaik iaitu Neraka Kasih Maisarah, Bebaskan Anak Kita, Titi Kayu, Restu Ayah, Terima Kasih Ibu, Remuk, Samad Tedung, Wakaf Dosa, Batik Zakiah, Sirna, Batin Aram-Aram, Di Sisi, Detektif Kemon, Dia Tidak Berdosa, Lalang, Terlingkah dan Sesekali Sesekali. Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Melayu) yang tercalon adalah Leftenan Zana, Kamar Kamariah, Nur 2, Pia, Aku Yang Kau Tinggalkan dan Sara Kirana. Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Cina) yang tercalon iaitu The Promise, Sweet Dilicacy, My Sensei Nyonya dan Super Mischevous MIL. Untuk Filem Terbaik, karya yang dicalonkan ialah Paskal, Gol & Gincu Vol 2, One Two Jaga, Polis Evo 2, Hantu Kak Limah, Operasi X, Misteri Delaila, Munafik 2, Tikin, Tiada Tajuk dan Langsuir.


Senarai kategori yang dipertandingkan pada malam kemuncak ASK2019:

1. Drama Terbaik
2. Pengarah Terbaik Drama
3. Lakon TV Terbaik
4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
5. Pelakon Wanita Terbaik Drama
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
8. Drama Rantaian Terbaik
9. Pelakon Komedi Terbaik
10. Drama Komedi Terbaik
11. Videografi Drama Terbaik
12. Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina)
13. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
14. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Melayu/Cina)
15. Rancangan Majalah Terbaik
16. Rancangan Realiti Terbaik
17. Rancangan Anugerah Terbaik
18. Filem Terbaik
19. Lakon Layar Terbaik
20. Pengarah Terbaik Filem
21. Pelakon Wanita Terbaik Filem
22. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
23. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
24. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem

Senarai Pemenang 7 Kategori Bukan Drama dan Teknikal :

1. Rekabentuk Set Terbaik - Anugerah Skrin 2018
2. Montaj Terbaik - Halaqah 2019
3. Rancangan Dokumentari Terbaik - Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertuan Agong Yang Ke-16)
4. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Feel Good Show (Deepavali)
5. Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama (Aduan Rakyat 'Kampung Sampah')
6. Rancangan Hiburan Terbaik - RTM Konsert Minggu Ini: Ratu 2.0
7. Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 33
Powered by Blogger.