Ads Top

'Cinta Siber'Juruarwat Rugi Rm10,300

Kuantan : Impian seorang jururawat untuk memiliki kereta utiliti sukan (SUV) Honda HRV bukan hanya tidak tercapai, malah dia mengalami kerugian RM10,300 selepas terpedaya dengan sindiket cinta siber.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata ia bermula dengan wanita berusia 33 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki dikatakan berpangkat ‘Kapten’ di laman sosial pada akhir bulan lepas.

Beliau berkata wanita yang berkhidmat di Raub dekat sini mendakwa “Kapten” yang mengaku tinggal di Poland itu pada mulanya dikatakan telah menghantar ‘hadiah’ berupa wang tunai USD35,000 untuk membeli kereta berkenaan.

Menurutnya semalam wanita itu dihubungi syarikat penghantaran, kononnya dia terpaksa membayar RM2,300 sebagai caj penghantaran, dan RM8,000 kononnya sebagai denda kerana bungkusan yang dihantar dikatakan mengandungi wang tunai.

“Suspek wanita itu juga telah memberikan nombor akaun kononnya bagi urusan transaksi wang dan jururawat itu terus memindahkan wangnya seperti yang diminta,” katanya kepada sumber di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata jururawat itu hanya menyedari dirinya ditipu selepas menceritakan hal berkenaan kepada rakan-rakannya, dan dia kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang guru wanita membuat laporan di IPD Lipis dekat sini semalam, mendakwa diperdayakan jirannya untuk menyertai pelaburan bitcoin yang tidak wujud sehingga kerugian RM18,000.

Mohd Wazir berkata guru itu mendakwa dijanjikan menerima pulangan lumayan selepas menyertai pelaburan itu pada 29 Sept 2018 namun sehingga kini dia tidak pernah menerima sebarang keuntungan.

Sumber : Bernama
Powered by Blogger.