eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Cukai Baru Yang Mugkin Diperkenalkan Kerajaan Tidak Bebankan Rakyat- Tun M

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji keperluan memperkenalkan semula sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya itu kemahuan rakyat.

Sebelum ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

“Sekiranya rakyat percaya GST lebih baik, kita akan kaji.

“Kalau itu yang kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST (cukai jualan dan perkhidmatan),” katanya kepada media selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata keputusan untuk melaksanakan sistem pencukaian itu tidak akan dimasukkan ke dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan 11 Oktober ini.

Memetik bernama sebentar tadi, Tun Mahathir turut menjelaskan bahawa kerajaan mungkin perkenalkan beberapa cukai baharu tetapi tidak akan membebankan rakyat.

Sumber: Bernama