Ads Top

Kedai Perkenal Menu ”French Fries” Bersalut Boba Jadi Viral

Kita semua macam dah boleh agak yang asal ada je makanan-makanan yang viral mesti akan ada punya orang yang akan ubah sesuatu makanan yang asalnya dah elok tanpa diubah menjadi suatu menu yang baru.

Antara contoh yang senang kita boleh tengok ialah cheese. Berapa banyak makanan yang sebelum ni tak payah ada cheese ni tapi dah ditambah dengan cheese. Banyak kan?

Berkenaan dengan makanan yang viral. Sekarang ni ramai orang yang masih lagi tergila-gilakan satu menu viral yang dikenali sebagai boba tea. Pergi mana-mana je, mesti ada orang yang tengah pegang cawan boba tea ni.


Tu okay lah, dah dikira normal dah pun dalam masyarakat kita hari ini. Tapi, apa yang tak normalnya ialah bila boba tea ni dihidangkan bersama dengan french fries.

Mesti pelik kan? Mesti korang nak tahu rasa dia macam mana kan? Tapi benda ni betul ada dekat Filipina. Kedai yang menawarkan hidangan french fries bersama boba tea ni betul wujud dan nama kedai tu ialah “The Pearl Fajardo”.

Biasanya kita selalu nampak menu french fries ni ditambahkan dengan sos keju atau lada hitam je kan. Tapi menu yang dorang tawarkan ni ditambahkan dengan biji boba. Dan nama menu dia ni dipanggil sebagai Triple Treat. Teringin tak nak rasa?



Keanehan menu yang berdasarkan boba tea ni juga tak berhenti kat sini. Dekat Jepun, sebuah kedai yang terletak dekat Shinjuku, Tokyo ada menawarkan satu menu yang berasaskan boba tea ni dikenali sebagai “Mini ikura-style tapioca rice bowl”.

Ikura tu dalam bahasa Malaysia bermaksud telur ikan salmon. Kenapa dorang pakai Ikura? Sebab dorang nak gantikan telur ikan salmon ni dengan boba tea. Pelik? Menu ni secara asasnya ialah nasi berlaukkan boba tea.

Kalau kita orang Malaysia ni biasanya makan nasi berlaukkan ayam, tapi kedai tu dia buat nasi berlaukkan boba tea. Difahamkan juga, kedai tu mampu menjual 200 mangkuk dalam sehari. Laku jugak kat sana.

Dan sebab-sebab itu jugaklah rasanya ramai peniaga-peniaga makanan pada hari ini cuba untuk mencampurkan apa-apa sahaja untuk memastikan hidangan di kedai mereka itu special dan menjadi bualan ramai.

Banyak lagilah menu pelik-pelik yang menggunakan boba tea ni. Korang tengoklah sendiri kat sini:



Powered by Blogger.