Ads Top

Lelaki Maut Tertimbus Ketika Gali Perigi

Kota Bharu : Seorang lelaki mati tertimbus di dalam perigi yang digalinya berhampiran Rumah Anak Yatim Bukit Peraksi, Pasir Puteh di sini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku pada  10.46 pagi apabila  mangsa, Terrance Dunstan Anak Peter, 36, masuk ke dalam lubang sedalam 3 meter itu untuk meletakkan gelung simen setelah selesai menggali menggunakan jentolak bersama rakannya apabila tiba-tiba tebing perigi itu runtuh

”Penduduk kampung  membantu mengeluarkan mangsa dan  dihantar ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Azhar Elmi berkata mayat mangsa yang berasal dari  Skibang, Bau, Sarawak diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : Bernama
Powered by Blogger.