Ads Top

Penaklukan Syaitan Telemovie Lakonan Ben Amir Dan Mawar Rashid

Saksikan telefilem seram 'Penaklukan Syaitan' arahan Michael Ang bakal bersiaran pada 19 Oktober ini, jam 9 malam di saluran Astro Citra (131) dan Citra HD (126).

JUDUL : PENAKLUKAN SYAITAN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 19 Oktober 2019, 9:00 malam   
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Citra HD 126
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden
PELAKON : Ben Amir, Mawar Rashid, Sharifah Shahora, Norlia Ghani, Alif Muhaimin, Nadya Syahera, Nur Hazirah

Pelakon Ben Amir mencuri perhatian netizen apabila berkongsi wajah kacaknya bertukar menjadi hantu menerusi sebuah sedutan telefilem bergenre seram.

Menerusi laman sosial Instagram, Ben memuat naik teaser karya seram berjudul Penaklukan Syaitan itu untuk tatapan umum.

Ben semakin melonjak naik selepas drama lakonannya bersama Mira Filzah berjudul Sweet Dreams mula meletakkan namanya sebaris hero popular tempatan.

Selain lakonan, rambut panjangnya yang dijaga rapi itu turut mencairkan hati para gadis.

Telefilem Penaklukan Syaitan arahan Michael Ang bakal bersiaran pada 19 Oktober ini, jam 9 malam di saluran Astro Citra (131) dan Citra HD (126)




Powered by Blogger.