Ads Top

Peserta Gegar Vaganza 6 (2019)

Pertandingan nyanyian yang menampilkan barisan penyanyi profesional, Gegar Vaganza musim ke-6 atau ‘GV6’ akan membuka tirai pada 13 Oktober ini, bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 13 Oktober 2019.

Musim terbaharu ini bakal menampilkan 13 peserta, terdiri daripada penyanyi solo, duo dan berkumpulan. Untuk pusingan pertama, kesemua 13 peserta akan menyampaikan lagu-lagu popular masing-masing.

GV6 masih mengekalkan format asal penjurian yang mana nasib para peserta akan diadili sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri yang telah dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. 

PESERTA SOLO (LELAKI) 
1.   SHAM VISA (Dalam Gerimis) 
2.   JATT (Khayalan) 
3.   ROY (Ratnaku) 
4.   AMEER SOFAZR (Dan Bila Esok) 
5.   HADY MIRZA (Angkasa) 
6.   NAQIU BOBOY (Episod Cinta) 

PESERTA SOLO (WANITA)
1.   WANN (Bossanova) 
2.   MAZLEELA (Tabah) 
3.   FEEZA (Ungkapan Kata Bernafas Cinta) 
4.   NOORSHILA AMIN (Rambu Ramba) 
5.   NURFATIMA (Selembut Sutera) 

PESERTA DUO / BERKUMPULAN
1.   KOOL (Bebas)
2.   ONE NATION EMCEES (Anak Kampung ft. Jimmy Palikat)















Powered by Blogger.