eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

'Rembat Kipas Di Masjid', Polis Buru Individu Disyaki Curi 3 Buah Kipas

Rakaman CCTV kes kecurian yg berlaku pada tengahari 28-Sept-2019 lepas di Masjid Nurul Islam Aulong,Taiping Perak. Suspek 1(L) dipercayai bangsa Melayu telah melarikan 3 unit kipas dinding. 

Menurut laporan terbaru, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata hasil siasatan mendapati suspek telah melakukan kegiatan itu menggunakan sebuah kereta dengan nombor pendaftaran kenderaan palsu.

Beliau berkata pihaknya percaya suspek melakukan kegiatan itu secara berkumpulan.

“Kita telah menerima beberapa laporan mengenai kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan kumpulan yang sama dipercayai melakukan kecurian di Aulong dan Kamunting,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.




Sumber: Info Roadblock Polis & Bernama