eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(video) 'Menakutkan Walaupun Cantik' Langit Bertukar Jadi Ungu

Semalam, amaran taufan paling kuat dalam tempoh enam dekad telah dikeluarkan, dijangka bakal melanda Jepun hari ini di beberapa kawasan termasuk Tokai, rantau Kanto termasuk Tokyo.

Berikutan amaran berkenaan, sebanyak 1600 penerbangan telah dibatalkan dan acara besar di negara itu terpaksa dianjak ke hari esok.

Warga maya juga mula berkongsi gambar-gambar langit yang berwarna merah jambu didakwa keadaan semasa di negara berkenaan dengan kapsyen Pray For Japan, menjadikannya trending nombor 1 di laman Twitter.

Kelihatan cantik, tapi malapetaka tersembunyi


Cantik tapi menakutkan
Kesedihan yang ‘indah’
Sementara itu, media antarabangsa melaporkan taufan berkenaan sedang bergerak ke utara merentasi Pasifik menuju ke pulau utama Jepun.