eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(video) Bas Terbakar 35 Orang Jemaah Maut Kemalangan Di Madinah

35 jemaah umrah dilaporkan terkorban manakala 4 lagi cedera selepas sebuah bas yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan berat dalam satu kemalangan yang berlaku di bandar suci Madinah, lapor media Arab Saudi pada khamis.

Kemalangan tersebut terjadi di jalan Hijra, 170 km dari Madinah, berdekatan dengan kampung Al Akhal kira-kira pukul 7pm. Bas yang membawa seramai 39 penumpang itu telah merempuh sebuah jentolak.

Kemalangan yang berlaku pada hari Rabu itu melibatkan satu pelanggaran di antara “sebuah bas dengan sebuah kenderaan berat”, di Barat Arab Saudi, menurut agensi berita Arab Saudi(SPA) .

Kesemua yang terlibat dalam kemalangan itu terdiri daripada jemaah yang berasal dari Arab serta rantau Asia, lapor media tempatan.

Penumpang bas yang tercedera dalam kemalangan tersebut telah dikejarkan ke Hospital Al Hamna, lapor SPA. Pihak berkuasa dilaporkan sedang menyiasat kejadian itu bagi mengetahui punca ianya terjadi.