eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Dia Yang Ku Cinta Drama Lakonan Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra

Nantikan drama adaptasi novel Dia Yang Ku Cinta karya Indah Hairani yang bakal muncul dalam slot Samarinda di TV3. Dibintangi oleh Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad dan Luqman Hafidz. Drama arahan Along Kamaludin terbitan A.Aida Production. Akan menemui penonton pada bulan Jun nanti.

JUDUL : DIA YANG AKU CINTA 
EPISOD : 15 episod 
TARIKH TAYANGAN : Jun 2019 
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3 
PENULIS SKRIP : Fatin Nabila & Indah Hairani 
PENGARAH : Along Kamaludin 
PRODUKSI : A.Aida Production 
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Shah Rezza, Catriona Ross, Siti Khadijah Halim, Riena Diana, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Ruminah Sidek, Zila Bakarin, Izzy Reef, Qistina Raisah

WATAK PELAKON 

Sharnaaz Ahmad sebagai Luqman
Syerinie Myra sebagai Cempaka Amna
Luqman Hafidz sebagai Hafiz Andrew
Siti Khadijah Halim sebagai Lara Andrew
Catriona Ross sebagai  Mahanna

SINOPSIS DIA YANG AKU CINTA

Cempaka Amna dan adiknya Iman Idham merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid.  Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna bila ibu kandung mereka telah meninggal dunia. Kedua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Mahanna dan mereka kerap diseksa dan dimaki hamun walau mereka hanya melakukan kesalahan kecil sahaja.

Anak kepada Puan Marhanna iaitu Lara Andrew juga mempunyai sikap yang sama seperti ibu mereka namun abang kepada Lara Andrew begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua mereka ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.

Hafidz Andrew dan Lara Andrew adalah juga merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki inggeris. Hafidz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia bila Puan Marhanna dan suaminya bercerai.

Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Hanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka. Walau beliau berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang OKU namun beliau berazam akan kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.

Pertemuan dengan Luqman, seorang jurutera itu memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara itu namun cinta Hafidz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Mahanna dan Lara Andrew. 

Pelakon Dia Yang Ku Cinta