eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mama Papa Ekspres Drama Lakonan Azrel Ismail, Julia Farhana Marin

Drama bersiri Mama Papa Ekspres akan menemui penonton di slot Dahlia TV3 bermula 24 November ini. Dibintangi oleh Azrel Ismail, Julia Farhana Marin, Aleesya Edwan dan Danish Hazriq. Drama 20 episod arahan Emi Suffian terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd. Bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 6.58 petang di TV3.

JUDUL : MAMA PAPA EKSPRESS 
EPISOD : 20 episod 
TARIKH TAYANGAN : 24 November 2019 
WAKTU SIARAN : Sabtu & Ahad, 6:58 petang 
SIARAN TV : Slot Dahlia TV3 
PENULIS SKRIP : Marziah Manaf 
PENGARAH : Emi Suffian 
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd 
PELAKON : Azrel Ismail, Julia Farhana Marin, Aleesya Edwan, Danish Hazriq, Puteri Arora, Hamdan Senario, Sharifah Shahora, Anas Ridzuan, Amar Asyraf, Ain Sufia, Fazlina Ahmad Daud, Dottie, Muntazar Ghufran, Draman Muhamad

WATAK PELAKON 

Azrel Ismail sebagai Emir
Julia Farhana Marin sebagai Fiona
Aleesya Edwan sebagai Leila
Danish Hazriq sebagai Azrai
Puteri Arora sebagai Irdina
Sharifah Shahora sebagai Sarimah
Hamdan Haji Ramli sebagai Megat
Amar Asyraf sebagai Hakim
Ain Sufia sebagai Misha 

SINOPSIS MAMA PAPA EXPRESS

Encik Amir dan Puan Fiona berkahwin selama beberapa tahun tetapi tidak dikurniakan anak. Mereka sudah beberapa kali membuat permohonan mengambil anak angkat tetapi masih tiada jawapan. Suatu hari, Encik Emir melihat instagram jiran mereka yang penuh dengan gambar bersama anak dan isteri. Encik Emir terus menangis semahu-mahunya kerana sedih dengan nasibnya. Emir dan Fiona berusaha untuk dapatkan anak sendiri. Dengan bantuan Hakim, pelbagai tip dan petua mereka ikut. Jiran mereka iaitu Megat dan Sarimah juga selalu membantu mereka sekeluarga.