Ads Top

Sedih Sangat Sebab Terbayang Kalau Ayah Kita Kat Tempat Pakcik Tu


Hati mana yang tidak tersentuh tatkala melihat seorang lelaki berusia masih mengerah tenaga untuk mencari rezeki halal demi sesuap nasi. Disaat kita alpa dengan kemewahan yang ada, masih ada insan yang sedang berjuang untuk mencari rezeki di hari tua mereka.

Tidak semua insan di dunia ini dapat merasai kemewahan yang kita rasai. Menurut satu perkongsian daripada Shelly Sazlina yang menceritakan mengenai seorang pak cik yang telah berusia namun masih gigih berniaga demi mencari rezeki.

NIKMAT ALLAH ITU LUAS

Cerita malam semalam.

Lepas drop parcel dekat poslaju, cari makan jap dekat Food Court Putrajaya.

Sementara tunggu makanan siap, ternampak sorang pakcik yang uzur jual otak-otak.

Pergerakan agak terbatas, jalan pun macam lambat je.

Kiteorang pun jengah la gerai pakcik ni niat nak beli otak-otak sikit memandangkan kami laki bini dah order makanan banyak.

Tiba-tiba kami ternampak satu periuk kecik diletakkan atas dapur bakar otak-otak tu.

Luluhnya hati bila nampak pakcik ni panaskan nasi berlaukkan ayam goreng seketul dalam periuk tu 😭

Mungkin lauk tengahari barangkali.

Dalam hati Ya Allah!

Kiteorang laki bini pandang satu sama lain.

Masa tu rasa nak gugur airmata.

Taktahu nak rasa apa.

Sedih sangat sebab terbayang kalau ayah kita kat tempat pakcik tu.

Emosi dah tak menentu. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

Kalau pakcik ni senang, boleh je makan dekat food court tu takperlu bungkus pun.

Dekat situ kita boleh tahu betapa struggle nya pakcik nie nak cari sesuap nasi.

Dengan keadaan tempat berniaga yang agak sedih.

Orang hanya mampu lalu lalang je.

Allahuakbar!

Malam tu Allah hantar sesuatu yang sangat menjentik hati kita supaya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.

Selalulah beringat bila kita susah sebenarnya ada lagi orang lain yang lagi susah & menderita dari kita.

Nak mencari sesuap nasi tak kira waktu, masa & keadaan sekalipun.

Korang yang berdekatan area Putrajaya tu kalau nak singgah makan kat food court ni korang boleh jugak singgah gerai otak-otak pakcik ni.

Otak-otak dia sedap gila gais! Serius sedap tak tipu! Korang kena try.

Gerai Otak-Otak Food Court Presint 9, Putrajaya

Sumber: Shelly Sazlina
Powered by Blogger.