Ads Top

Anak Nora Ariffin, Alif Johan Meninggal Dunia

Alif Johan, anak kepada penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Berita pemergiannya dikongsikan Nora melalui laman Instagram miliknya.

“Anak saya Alif Johan baru saja hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin,” kata Nora dengan menahan air mata.





Alif, 20 merupakan salah seorang peserta Mentor Millenia 2019. Beliau pernah menyanyikan sebuah lagu buat arwah ayahnya, Johan Mohamed Nawawi yang meninggal dunia pada Mac 2017 yang lalu.


Takziah buat Nora sekeluarga. Semoga Allah tempatkan Allahyarham Alif Johan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta memberi kekuatan buat ahli keluarga.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Sumber: Nora Ariffin, Awani
Powered by Blogger.