Ads Top

Batal Kahwin ,Pemuda Berjaya Saman Bekas Tunang Selepas 3 Tahun


Pada 3 tahun yang lepas, kisah pemuda ini telah  tular di media sosial apabila mengesahkan perkahwinan yang dinanti terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. Semuanya berpunca apabila bekas tunang nekad untuk tinggalkannya demi buah hati lain. Persiapan majlis yang hampir siap musnah gara-gara tindakan tersebut dan telah mengakibatkan dirinya terpaksa menanggung kerugian hampir RM30 ribu. Atas sebab itu, pemuda tersebut mengambil keputusan untuk menyaman bekas tunangnya itu pada Julai 2017.


Telah Berjaya saman bekas tunang

Sekian lama turun naik mahkamah, Akhirnya Ezrin memaklumkan keputusan tuntutan saman berkenaan berpihak kepada dirinya. Menerusi posting di laman Twitter miliknya, lelaki itu meluahkan rasa lega apabila keadilan berpihak kepadanya sambil mengucapkan terima kasih kepada para netizen yang sentiasa menyokong perjuangannya selama hampir 3 tahun menuntut pembelaan. 

Bekas Tunang bayar jumlah keseluruhan ganti rugi

Bukan soal kerugian menjadi ukuran, tapi maruah diri dan keluarga juga terkena tempias akibat insiden putus tunang ini. Dia turut berniat memberi pengajaran bahawa perkara tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Malah dia turut berkesempatan menegaskan bahawa lelaki turut mempunyai hak dalam hal itu. Bekas tunangnya diminta untuk membayar jumlah tuntutan yang telah ditetapkan kerana gagal kemukakan alasan kukuh mengenai keengganan berkahwin dan meneruskan majlis. 

First time dengar saman putus tunang yang menang

Netizen turut gembira mendengar perkhabaran tersebut serta memuji usaha pemuda berkenaan demi mendapatkan keadilan bagi diri yang teraniaya. Mereka juga turut mendoakan semoga dia bertemu kebahagiaan yang dicari dan kisah tersebut dapat menjadi iktibar serta pengajaran buat orang lain. 





Powered by Blogger.