Ads Top

Ibu Bapa Pilih Kasih Ucap Sayang Dekat Anak ,Ini Akan Terjadi


Gambar Sekadar Hiasan




Menurut ahli psikologi, sikap pilih kasih dalam kekeluargaan boleh memberikan kesan kepada anak-anak di usia muda mereka. Sikap pilih kasih ini boleh menyebabkan menimbulkan banyak masalah terhadap adik beradik yang lain.

Menurut kajian yang dibuat oleh Bright Side, sikap pilih kasih dapat memecah belahkan kerohanian sesebuah rumah tangga.

1.Ibu bapa dan anak-anak akan merasa bersalah


Ibu bapa sendiri seharusnya tahu bahawa perkara sikap memilih kasih ini tidak perlu diterapkan ketika membesarkan anak-anak kerana kerana ia akan memberi kesan kepada anak sendiri.

Selain itu, kanak-kanak yang lebih disayangi itu akan berasa bersalah dan malu dengan adik beradiknya yang lain.



Seterusnya, perasaan merendah diri akan berlaku dalam kalangan adik beradiknya yang lain kerana merasakan terdapat kekurangan dalam diri hingga menyebabkan diri kurang disayangi.

2.Anak-anak yang kurang disayangi akan mengalami trauma psikologi yang menebal.

Setiap anak inginkan perhatian terutama daripada ibu bapanya. Menurut kajian, anak-anak yang kurang disayangi akan berusaha semampu mungkin untuk menarik perhatian ibu bapanya.

Keputusannya, anak-anak akan bertindak agresif dan mudah mengalirkan air mata. Hal ini kerana mereka kerap melihat ibu bapanya mudah berubah emosi membuatkan mereka juga akan mudah beremosi. Hal ini boleh menyebabkan anak-anak trauma dengan keadaan yang berlaku.



3.Anak-anak akan kurang berjaya dalam pelajaran


Ibu bapa yang bersifat pilih kasih antara anak-anak bukan sahaja berlaku pada masa-masa tertentu. Malah, ketika waktu anak-anak memerlukan perhatian yang lebih seperti waktu peperiksaan.

Hal ini akan memberi kesan kepada peperiksaan anak jika berikan lebih perhatian kepada anak yang lain. Menurut pengkaji, sikap tersebut akan membuatkan anak-anak terluka dan akan mengurangkan perkembangan otaknya.

4. Anak-anak yang disayangi akan bersifat narsis

Sifat anak-anak yang lebih disayangi akan bersifat narsis.

Menurut ahli psikologi, terdapat beberapa tanda narsis ada pada anak-anak yang lebih kasih sayang:



Tidak bersyukur dengan kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan ibu bapa
Merasa diri mereka lebih baik daripada yang lain
High expectation daripada orang lain
Sukar untuk mengekalkan persahabatan

5.Anak yang kurang disayangi akan merasa tertekan


Setiap anak tidak suka untuk dibanding-bandingkan akan lebihkan diri dalam bidang akademik. Contohnya, mereka berasa bahawa adik beradik yang lebih disayangi itu lebih cantik. Jadi mereka akan berusaha semaksimum mungkin untuk cemerlang dalam bidang pelajaran.

Mereka merasa diri mereka tidak cukup sempurna jadi anak di mata ibu bapa mereka. Jadi mereka akan mengorbankan masa kanak-kanak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang supaya mereka menonjol di mata ibu bapa mereka.

6.Sering bergaduh antara adik beradik

Anak-anak yang kurang kasih sayang akan mencetuskan perbalahan antara adik beradik yang lain.

Hal ini akan berlanjutan sehingga dewasa. Mereka sering berselisihan faham dalam persahabatan kerana tidak dapat menerima buah fikiran orang lain.



7.Anak-anak akan balas dendam dengan apa yang berlaku pada masa hadapan

Apabila mereka dewasa, mereka akan membalas segala yang berlaku pada masa hadapan.

Sebagai contoh, mereka boleh mengabaikan anda sebagai ibu bapa mereka kerana tingkah laku anda di masa lampau.

Perkara ini adalah cerminan atas kelakuan ibu bapa sendiri.

Sumber: Brightside.me

Powered by Blogger.