eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ropie Menyanyi Dalam J.K.K Tak Disiarkan Di TV Bikin Berdekah!

Minggu lalu berakhirnya sudah sitkom J.K.K Kampung Kalut bagi Musim ke 5. Dalam satu episod babak Ropie yang memegang watak Pak Kodi dalam sitkom itu membuatkan ramai berdekah.

Sebelum ini watak Pak Kodi sememangnya diakui ramai cukup ‘masuk air’. Manakan tidak watak itu dilakonkan oleh pelakon komedi otai Ropie. Melihatkan telatahnya yang cukup selamba sepanjang musim di J.K.K memang boleh hilang stress.

Terbaru dalam episod ke 13 yang juga terakhir pada musim ini berjudul ‘Pak Din Nak Kahwin’ telah meraih perhatian ramai. Dalam episod kali ini, artis jemputan ialah Zizi Kirana yang melakonkan watak Wangi dan Sharif Zero sebagai bapa kepada Wangi.

Wangi adalah teman wanita Pak Din, namun hubungan mereka tidak disukai oleh penduduk Kampung Kalut. Dipendekkan cerita, Pak Din dan Wangi akhirnya berkahwin. Dalam babak mereka sedang bersanding, Pak Kodi  menyanyikan lagu dan persembahannya itu membuatkan ramai tertawa.

Babak yang tidak disiarkan di TV itu bagaimanapun telah tular di sosial media selepas dikongsikan semula oleh Azhan Rani dan telah meraih lebih 114,000 tontonan.

Berikut adalah babak yang bikin pecah perut:


‘Crack’ habis lakonan Ropie ini! Di ruangan komen rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:





 Sumber: Azhan Rani / TV9 Official