Ads Top

Gelagat Aeril Ambil Kesempatan Susukan Baby Lawak Habis

Isteri Tak Nampak, Gelagat Aeril Ambil Kesempatan Susukan Baby Lawak Habis

Bagi yang mengikuti perkembangan tentang keluarga selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, pasti mengetahui bahawa anak bongsu ketiga mereka telah pun mencecah usia hampir genap sebulan. Selain berkongsi wajah penuh Ayya Soffya kepada umum menerusi photoshoot pertamanya beberapa minggu yang lalu, suami isteri terkenal ini juga selalu berkongsi moment bagaimana mereka sekeluarga menyiapkan diri untuk menjaga bayi kecil berkenaan.

Bila Wawa Tidak Ada..

Baru-baru ini pula, pelakon drama ‘Cari Aku Di Syurga’ ini sempat memuat naik beberapa keping foto yang menampilkan gelagat lucu ketika bersama cahaya ketiganya itu di Instagram dan Twitter. Menerusi bahagian kapsyen, Aeril memberitahu bahawa kesemua gambar itu diambil bersama Ayya Soffya ketika isterinya tidak bersama dengan mereka.







A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


 Kreatif Susukan Anak..



Walaupun golongan bapa tidak dapat memberikan susu badan kepada bayi serupa macam cara yang dilakukan isteri masing-masing, namun mereka lebih kreatif menyelesaikan masalah berkenaan. Sambil bapanya menegakkan botol dengan mulut, Ayya Soffya dilihat tenang sambil menyedut susu sewaktu berehat di bawah jagaan pelakon terkenal itu.

Jangan Berebut Susu Dengan Anak nye

Visual yang menggambarkan hubungan lucu antara bapa dan anak itu ternyata mencuri tumpuan ramai apabila ruangan komen dihujani dengan bermacam reaksi daripada para netizen. Selain terhibur menyaksikan gelagat antara Aeril dan anak bongsunya, terdapat juga beberapa pihak yang sempat berseloroh agar jangan berebut untuk minum susu berkenaan. 










Sumber: aerilzafrel
Powered by Blogger.