eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Terima Surat 'PISIKO' Dari Peminat Misteri Buat Remaja Ini Takut Ke Sekolah


Lumrah buat setiap individu untuk mempunyai seseorang yang diminati di dalam hati. Terutamanya sewaktu di zaman persekolahan di mana masing-masing memiliki ‘crush’ atau orang yang disukai dalam diam. Walau bagaimanapun, berbeza pula dengan kisah seorang pelajar ini yang mempunyai peminat misteri sehingga membuatkan dirinya ketakutan untuk hadir ke sekolah.



Terima surat cinta selepas tamat latihan sukan

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh pelajar lelaki berkenaan, dikenali sebagai Syawal di laman Twitter. Jelasnya, dia telah menerima beberapa keping surat cinta daripada peminat misteri tanpa diketahui identiti. Menurut portal mStar, helaian surat yang pertama telah diterima sejurus dia menamatkan latihan larian untuk satu kejohanan sukan di sekolah. Pada mulanya, pelajar berusia 16 tahun itu menyangka surat itu hanyalah usikan daripada rakan-rakan sebelum mereka semua menafikannya.

Nota cinta kedua berisi keratan gambar dan disembur pewangi

Seterusnya, dia bertindak mengendahkan perkara tersebut sehingga menerima kiriman surat yang kedua beberapa hari selepas itu. Namun, remaja tersebut menyedari perkara berkenaan bertukar serius apabila surat yang diterima waktu itu mengandungi intipati aneh seperti keratan gambarnya di Instagram. Malah kertas yang digunakan turut disembur dengan pewangi dan diselit dengan sekuntum bunga. 


Dah taknak ganggu lepas tular


Setelah kisahnya tular di media sosial, Syawal menerima surat yang ketiga. Peminat misteri tersebut menyampaikan hasratnya untuk tidak lagi menyukai lelaki berkenan dan sudah ‘move on‘. Malah penulis turut menjamin dia tidak lagi akan menganggu pelajar berkenaan kerana sudah berjumpa dengan orang baru. 




Sumber: Syawal & mStar