eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Arwah Suami ‘Pergi’ Masa Hamil 4 Bulan, Isteri Tunaikan Hasrat Rakam Foto Keluarga

Setiap orang pasti mengimpikan kebahagiaan rumah tangga yang terbina sejak berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun begitu, siapalah kita untuk menafikan atau menukar takdir yang ditetapkan oleh Maha Esa apabila menjemput ahli keluarga ‘pergi’ buat selama-lamanya. Baru-baru ini, satu posting yang memaparkan sekeping gambar keluarga cukup sebak telah menangkap perhatian ramai apabila dimuat naik oleh seorang jurufoto di laman Instagram.

Suami Pergi Ketika Usia Kandungannya 4 Bulan

Menerusi gambar keluarga tersebut jelas memaparkan imej seorang suami dan bapa yang mengukir senyuman tanpa warna hasil suntingan. Pilu dan sayu, begitulah perasaan seorang jurugambar bernama Edie saat merakam foto tiga beranak ini. Akui lelaki berusia 41 tahun ini, dia tidak menyangka apabila mendapat panggilan daripada seorang pelanggan menyatakan hasratnya yang mahu mengambil gambar newborn tanpa suami di sisi.




Sebak Tapi Cuba Bersikap Profesional

Ketika dia dan isterinya yang juga rakan niaga membuat sesi fotografi, hatinya sedikit tersentuh apabila melihat riak wajah wanita berkenaan yang begitu tenang selama tempoh penggambaran itu. Tetapi mereka cuba sedaya upaya untuk bersikap profesional kerana tidak mahu mengganggu emosi ibu kepada dua cahaya mata itu.





Hasrat Suami Tak Kesampaian

Menurut ibu tunggal berkenaan iaitu Shalizawati Saidon, suaminya menghembuskan nafas terakhir sekitar Ogos ketika usianya 37 tahun akibat komplikasi otak. Dia mendedahkan bahawa sebelum ini suaminya pernah menyimpan hasrat untuk mengambil potret berkenaan sebaik cahaya mata kedua mereka lahir. Malangnya, hasrat itu tidak kesampaian apabila suaminya pergi ketika usia kandungannya empat bulan.



Gambar itu lengkap & saya akan jadikan sebagai kenangan

Kata Shalizawati, dia menerima cadangan daripada jurugambar berkenaan untuk menyunting foto Allahyarham suaminya bersama gambar newborn mereka. Dia juga mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat gambar mereka sekeluarga termasuk imej suaminya yang telah disunting. Shalizawati bagaimanapun menyifatkan suaminya cukup penyayang dan sering mengambil berat semasa di awal kehamilannya termasuklah ketika mengalami alahan (morning sickness).



Sumber : Instagram mea_edie_pictures,  mStar