eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bayi 17 Hari Positif Koronavirus Dilaporkan Sembuh Tanpa Sebarang Ubat

Wuhan, 25 Feb – Seorang bayi perempuan berusia 17 hari dilaporkan sembuh dari koronavirus setelah dijangkiti melalui ibu kandungnya di sini.

Xiao Xiao yang disahkan positif setelah dilahirkan itu menjadi pesakit termuda yang sembuh di China setakat ini.

Menurut Daily Mail, dia dilaporkan sembuh secara sendiri tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan dan dibenarkan keluar hospital Jumaat lalu.

Xiao telah dimasukkan ke Hospital Kanak-kanak Wuhan sebaik sahaja dilahirkan berikutan terdapat jangkitan pada sistem pernafasan dan kerosakan otot jantung minor.

Disebabkan simptomnya yang tidak ketara, kumpulan doktor mengambil keputusan agar tidak memberi antibiotik kepadanya dan membiarkan bayi itu melawan penyakitnya sendiri.

Dia tidak mempunyai kesukaran bernafas, tidak batuk atau demam. Oleh itu, kami hanya merawat kondisi otot jantungnya sahaja,” kata Dr Zeng, salah seorang doktor yang merawatnya kepada media tempatan.

Hasil pemeriksaan asid nukleik sebanyak tiga kali mendapati Xiao Xiao bebas koronavirus serta masalah jantung dan dibenarkan pulang.


Susulan itu, para doktor di China khuatir jika jangkitan boleh berlaku terhadap bayi di dalam kandungan pesakit koronavirus.

Sumber: Daily Mail