eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Isteri Tuah Ihsan ,Lakonan Aron Aziz, Amyra Rosli

SINOPSIS DRAMA ISTERI TUAN IHSAN #IsteriTuanIhsan

Seroja Irdina, gadis remaja mebesar di kota. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan. 

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?


JUDUL : ISTERI TUAN IHSAN #IsteriTuanIhsan
EPISOD : 20 episod
TARIKH / MASA : 2016
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Amyra Rosli, Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, Ruzana Ibrahim

WATAK PELAKON
Aaron Aziz sebagaiTuan Ihsan Iskandar
Amyra Rosli sebagai Seroja Irdina