eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Jejak Karmila ,Adpatasi Novel Lakonan Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Aley

JUDUL : JEJAK KARMILA
EPISOD : 13 episod 
TARIKH / MASA : November 2016
SIARAN : Slot Zehra TV3
NOVELIS : Nilam Himawari / Rizalwan Ramli
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Fauziah Ahmad Daud, Mia Ahmad, Ruhainies, Asyraf Aley, Amy Mastura, Fauziah Nawi, Wani De'fam, Nafiz Muaz, Johan As'ari, Wan Sharmila, Duerra Mitilda

WATAK PELAKON
Fauziah Ahmad Daud sebagai Karmila 
Mia Ahmad sebagai Suraya
Ruhainies sebagai Nonie
Asyraf Aley sebagai Syed Haikal

SINOPSIS JEJAK KARMILA 
Jejak Karmila adalah pembukaan setiap langkah Suraya, Nonie dan Karmila untuk bersatu kembali. Konflik demi konflik yang cuba menguji sejauh mana tahap keimanan mereka menghadapi ujian-ujian Allah SWT. 

Apabila ada yang merana di dalam sana, yang diluar ini sedikitpun tidak mensyukuri kesenangan yang ada. Bila adik cemburukan kakak sendiri pasal lelaki bernama Syed Haikal, segala-galanya jadi kacau bilai. Si lelaki pula tamak. Yang kakak dia mahu, yang adik juga mahu disapunya. Payah-payah dia beralih pula pada gadis lain. 

Konflik cinta tiga segi antara Syed Haikal dengan dua beradik itu mula pudar sebaik sahaja bongkar rahsia perhubungan Syed Hamidi dengan Karmila. 

Siapakah sebenarnya Karmila? 
Siapa wanita itu kepada gadis-gadis yang disukainya?
Dan yang paling penting, siapa wanita itu dengan ayahnya sendiri?