eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

8 Tahun Berbeza Umur Tak Halang Hyun Bin, Kang Sora Bercinta

Hyun Bin dan Kang Sora kini dilaporkan sedang menjalinkan hubangan percintaan bersama. 

Menurut Kapanlagi, perkara ini di sahkan oleh Agensi Hyun Bin iaitu Vast dan agensi Kang Sora, Plum Entertainment.

Kedua-dua agensi yang mewakili mereka telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa bintang mereka itu baru menjalinkan hubungan cinta sejak dua minggu lalu.

"Meskipun mempunyai perbezaan usia 8 tahun, namun pasangan ini mendapat sokongan padu daripada netizen malah ramai yang berkata bahawa mereka sangat sepadan.

"Mereka bertemu sejak Oktober tahun lalu ketika Kang Sora sedang mencari agensi baru dan kebetulan berjumpa dengan ramai kenalan yang mempunyai hubungan dengan agensi Hyun Bin.

"Sejak pertemuan itu mereka mula semakin rapat dan mengambil berat mengenai antara satu sama lain sehingga menjalinkan hubungan percintaan," kata sumber.

Meskipun percintaan mereka ini telah mengejutkan ramai pihak namun rata-rata peminat gembira dengan perkhabaran ini.