Seperti yang diramalkan, Dato’ Siti Nurhaliza yang mendominasikan senarai pencalonan AIM22 tahun ini berjaya bolot dan merangkul lima anugerah termasuk Album Terbaik. Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza dan semua team terlibat.
Menerusi album Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged penyanyi berusia 36 tahun itu turut menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu dan Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Menetap Dalam Mimpi. Satu pencapaian mengkagumkan buat lipatan profile Dato’ Siti Nurhaliza mencatatkan sejarah tersendiri apabila sudah 13 kali naik pentas julang Vokal Terbaik AIM, Memang beliau legend, okay! Siti juga turut memenangi kategori baharu Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.
Album Terbaik:
Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged
Lagu Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir
Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia:
Datuk Siti Nurhaliza
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Akim Ahmad – Potret
Lagu Pop Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir
Lagu Rock Terbaik:
Mata Hati – Azlan & The Type Writer
Anugerah Kembara:
Yuna
Anugerah Sri Wirama:
Datuk Sheila Majid
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
Menatap Dalam Mimpi – Datuk Siti Nurhaliza
Rakaman Album Terbaik:
Panic Bird – Froya
Kulit Album Terbaik:
Bahtera – Sekumpulan Orang Gila
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu:
De Fam – #Supergirls
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu:
Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya
Video Muzik Terbaik:
Not For Sale – Stacy
Artis Baru Terbaik:
Syamel
Lagu Hip Hop Terbaik:
Janji – Altimet & Takahara Suiko
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:
Firefly – Sonaone
Lagu Nasyid Terbaik:
Mikraj Cinta – Datuk Siti Nurhaliza