eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mark Adam Akui Sukar Bawak Watak Jahat

Penyanyi dan pelakon, Mark Adam akui sukar membawa watak antagonis yang pertama kali dilakonkan di telemovie, Oh My English! Road To Jogja (bahagian 1).

Mark Adam yang membawa watak Chef Bru itu bagaimanapun terima melakukan watak penjahat sebagai cabaran dalam karier lakonannya.

"Membawa watak sebagai seorang penjahat memang sukar kerana saya perlu serius dan saya akui amat mencabar kerana sebelum ni saya sudah biasa membawa watak pelawak.

"Namun dalam telemovie ni saya belajar banyak pengalaman baru dan saya akui bakat lakonan saya juga semakin baik.

"Selain mendalami watak antagonis, saya juga belajar membuat aksi dengan sebilah pisau.

"Aksi yang paling sukar saya perlu lakukan adalah menari dengan pisau di dapur.

 "Ia ambil masa yang agak lama juga untuk mendapatkan aksi terbaik tetapi saya berjaya melakukannya dengan bantuan krew," katanya 

Selain Mark Adam, Oh My English: Road To Jogja turut diteraju pelakon utamanya iaitu Juzzthin (Zack), Roax Tan (Sew Yew Soon) dan Zahir Muzani (Mazlee) bersama pelakon terkenal lain seperti Jihan Muse dan Johan Raja Lawak.

Telemovie itu mengisahkan perjalan tiga orang sahabat yang ingin mencapai imoian mereka untik bergelar chef fan pengusaha kafe berjaya. Mereka temui pelbagai cabaran untuk membersihkan nama kafe After School yang reputasinya semakin merudum.

Saksikan Oh My English: Road To Jogja (bahagian 1) yang akan bersiaran secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610), Astro Prima (Saluran 105) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135) pada hari Sabtu, 3 Disember 2016, jam 9.00 malam.