eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Miss Kapten Cikgu Waiz Lakonan Erwin Dawson, Neera Azizi



Drama terbaharu berjudul Miss Kapten Cikgu Waiz bakal mengisi slot Lestary TV3. Drama sebanyak 13 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diterajui oleh Erwin Dawson dan Neera Azizi sebagai pelakon utama. Akan besiaran bermula 21 Julai nanti, setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9 malam di TV3. 

JUDUL : MISS KAPTEN CIKGU WAIZ
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 21 Julai 2017
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
SKRIP : Mufid Suhaimi & Nextscene Team
PENGARAH : Yeop Hitler
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Erwin Dawson, Neera Azizi, Amir Nafis, Daniella Sya, Afieq Shazwan, Fadil Dhani, Liza Abdullah, Nina Fazurina, Bella Dowanna, Zera Hariz, Zalfa Zin, Sazrin Aizul, Sharisa Haris


LAGU TEMA / OST MISS KAPTEN CIKGU WAIZ
Senyuman Manismu - Tomok

SINOPSIS MISS KAPTEN CIKGU WAIZ
Mengisahkan Kapten Khalisha yang berdepan dengan isu kepercayaan dan komitmen dalam cinta. Kisah bermula daripada perkenalan tak dirancang dengan Cikgu Waiz yang kebetulan mengenali adiknya, Kamarul dan kawan baiknya Melisa. Cikgu Waiz, seorang lelaki sederhana telah jatuh cinta pandang pertama dengan Kapten Khalisha dan ingin berkahwin dengannya. Kapten Khalisha sangsi pada kemampuan diri sendiri untuk menerima Cikgu Waiz dalam hidupnya. Semuanya bermula bila ayahnya, Pak Megat bernikah baru. Pernikahan itu memberi impak yang cukup besar pada ibunya, Mak Eton dan adiknya, Kamarul. Kapten Khalisha melihat sendiri bagaimana ibunya belajar menerima semua itu dan bagaimana ayahnya memulihkan semula keharmonian rumahtangga mereka. Dalam masa yang sama, Kapten Khalisha melihat semangat adiknya yang ingin melihat kegembiraan dalam keluarga mereka. Kapten Khalisha hanya berkawan rapat dengan Kapten Ghaz, teman sekerja walaupun Kapten Ghaz bersungguh ingin meluahkan rasa cinta.