eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Dia Bidadariku Lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim

Drama Dia Bidadariku akan menggantikan drama Urusan Hati Cik Drama Queen di Astro Ria. Diarahkan oleh sutradara Aziz M .Osman. Menampilkan lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Raja Ilya dan ramai lagi. Akan mula disiarkan pada 6 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10.00 malam di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. 

JUDUL : DIA BIDADARIKU
TARIKH TAYANGAN : 6 Mac 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam 
SIARAN : Astro Ria (104) dan Ria HD (123) 
PENGARAH : Aziz M .Osman
TERBITAN : Skop Production Sdn Bhd
PELAKON : Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Tisha Shamsir, Raja Illya, Dian P.Ramlee, Wan Raja, Salina Saibi 

WATAK PELAKON 
Erra Fazira sebagai Suri 
Hisyam Hamid sebagai Ammar
Norman Hakim sebagai Ridzal 

SINOPSIS DIA BIDADARIKU
Mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira, andartu yang hatinya telah tertutup apabila putus tunang 15 tahun yang lepas. Tiba-tiba sekarang bekas tunangnya Ridzal lakonan Norman Hakim yang psiko telah dia datang kembali untuk merebut cintanya. Disamping itu muncul seorang jejaka bernama Ammar lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri. Dapatkah Ammar untuk mendapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu.