eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Hikayat CInta Si Pematah Hati ,Lakonan Alif Satar, Nabila Razali,

Drama adaptasi novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya E-Man Sufi akan menggantikan drama Cik Serba Tahu di slot Mega Drama (Astro Ria). Bakal menampilkan gandingan Alif Satar dan Nabila Razali. Drama dibawah terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd arahan Shalini Balasundaram. Bakal menemui penonton mulai 24 April nanti di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD 135.

JUDUL : HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI 
TARIKH / MASA : 24 April 2017
SIARAN : Astro Ria
SKRIP : Sofia J Rhyland
PENULIS NOVEL : E-Man Sufi
PENGARAH : Shalini Balasundaram
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd 
PELAKON : Alif Satar, Nabila Razali, Hafreez Adam, Nadiyah Shahab, Aien Zahalan, Syafiq M. Nazri, Rykarl Iskandar

WATAK PELAKON  
Alif Satar sebagai Rayyan Rayqarl
Nur Nabila Mohd Razali sebagai Wafeen Wardah
Hafreez Adam sebagai Daniel Elhan 
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Zarynn

SINOPSIS HIKAYAT CINTA SI PEMATAH HATI
Wafeen Wardah mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl.

Rayyan Rayqarl yang kehilangan ibunya disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adik tiri Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang suka makan karipap pusing mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya.

Sementara itu, Daniel dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn membuatkan Wafeen kecewa. Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen cuba merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu merancang dengan Tengku Zarynn untuk memenangi hati Wafeen.