eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Hero Seorang CInderella Lakonan Fattah Amin, Fazura, Uqasha Senrose

Nantikan drama adaptasi novel Hero Seorang Cinderella karya Anjell yang akan disiarkan di slot Mega Drama (Astro Ria). Diterajui oleh Fattah Amin dan Fazura sebagai pelakon utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini juga dibintangi pelakon seperti Uqasha Seinrose, Datin Zizie Ezette dan Jasmine Suraya. Nantikan tayangannya pada akhir bulan Mei nanti. 

JUDUL : HERO SEORANG CINDERELLA 
TARIKH / MASA : Mei 2017
SIARAN TV : Slot Mega Drama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Anjell
PENGARAH : Michael Ang 
TERBITAN : Cube Film Sdn Bhd 
PELAKON : Fattah Amin, Fazura, Uqasha Senrose, Zizie Izette, Iswan Ismail, Jasmine Suraya



SINOPSIS HERO SEORANG CINDERELLA 
Kkisah seorang Cinderella bernama Nura Medina dan hero, Tengku Ian Uzzam.

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

Namun ada rahsia disebaliknya? Apakah rahsianya?