eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telemovie Terhentinya Doa Lakonan Saharul Ridzwan, Niena Baharun

Telefilem istimewa sempena Aidilfitri berjudul Terhentinya Doa akan menemui penonton di TV3 pada hari raya pertama. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Normah Damanhuri, Niena Baharun, Sheila Rusly, Azri Iskandar, Ozlynn dan ramai lagi. Telefilem arahan Azman Yahya ini akan ditayangkan pada Ahad, 25 Jun pukul 9 malam.

JUDUL : TERHENTINYA DOA
TARIKH / MASA : Ahad, 25 Jun 2017, 9.00 malam 
SIARAN : TV3 (Istimewa Raya)
PENGARAH : Azman Yahya
TERBITAN : JS Pictures
PELAKON : Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Normah Damanhuri, Sheila Rusly, Azri Iskandar, Ozlynn

SINOPSIS TERHENTINYA DOA
Kepulangan Wafie dari luar negara telah diberikan kejutan. Wafie tidak pulang ke rumah keluarganya tetapi dihantar ke kampung. Rupa-rupanya pada hari kepulangan Wafie, neneknya, Nek Wa disahkan mengidap penyakit Chikungunya ketika menoreh getah. Nek Wa kini terlantar di rumah. Konflik bermula apabila dua orang anak Nek Wa iaitu Razali and Rozi bertengkar tentang siapa yang menjaga Nek Wa.