eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Peserta Da'i Pendahwah Nusantara 2017


Program keagamaan Da'i Pendakwah Nusantara kembali untuk musim ke lima dengan slogan baharu iaitu Refleksi Diri Penggerak Dakwah. Bakal menampilkan 12 peserta yang dipilih menerusi sesi uji bakat yang diadakan sepanjang Mac lalu. Da'i musim ini masih mengekalkan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (Ketua Pengajar), dibantu Murabbi (tenaga pengajar) terdiri daripada Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah. Para peserta akan dinilai oleh para juri professional iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail. Da'i Musim Ke-5 bakal menemui penonton bermula bermula 16 Julai ini, bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Zainal Ariffin Ismail.