eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo Bakal Berkahwin Oktober Ini

Sesiapa yang mengikuti perkembangan gosip kisah cinta antara Song Joong Ki (32) dan Song Hye Kyo (36) pasti tidak menyangka bahawa mereka bakal berkahwin pada tahun ini.

Pasangan Song-Song ini mendapat perhatian selepas kejayaan drama mereka, Descendant of The Sun pada tahun lepas. Disebabkan oleh kemesraan mereka berdua, netizen Korea sering berpendapat bahawa mereka sedang dalam hubungan percintaan. Tetapi perkara tersebut sering dinafikan oleh mereka berdua walaupun terdapat bukti-bukti yang mengatakan mereka sedang bercinta.

Setelah sekian lama berdalih, mereka akhirnya mengumumkan akan berkahwin pada 31 Oktober tahun ini. Perkara tersebut telah diumumkan oleh wakil syarikat mereka, Blossom Entertainment and United Artists Agency (UAA) pada 5 Julai 2017.

Berikut merupakan ringkasan pengumuman daripada mereka:

“Hello. Kami merupakan wakil dari syarikat Blossom Entertainment and UAA.

“Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat Korea dan antarabangsa yang telah menunjukkan sokongan dan minat terhadap Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Di samping itu, kami juga ingin meminta kerjasama anda semua untuk pengumuman mengejut yang bakal kami sampaikan.

“Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akan mengadakan majlis perkahwinan mereka pada hari terkahir Oktober tahun ini. Perkahwinan ini bukan hanya perkara peribadi antara pasangan tetapi juga memerlukan kerjasama antara dua keluarga.

Disebabkan itu, kami sangat berhati-hati agar perkara ini tidak tersebar sebelum pengumuman tarikh perkahwinan mereka dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengumumkan perkara ini. Kami mengharapkan kerjasama dari semua anda agar memahami dan menyokong keputusan mereka.

“Kami juga berharap agar anda semua dapat mendoakan kebahagiaan perkahwinan mereka. Mereka berdua akan mengadakan sidang akhbar berasingan dengan peminat untuk mengumumkan sendiri perkara tersebut. Terima kasih.”