eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama My Coffee Prince Lakonan : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad,


Tonton adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk 'Coffee Prince'. Bakal menampilkan gandingan utama Fattah Amin dan Janna Nick. Turut membintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha,  Elly Suriati dan ramai lagi. Drama bersiri versi Malaysia ini diarahkan oleh Michael Ang. Akan mula ditayangkan pada 27 November 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : MY COFFEE PRINCE #mycoffeeprince
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 November 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari

WATAK PELAKON 
Fattah Amin sebagai Raykal
Janna Nick sebagai Dani
Fahrin Ahmad sebagai Amri 
Daiyan Trisha sebagai Ira 
Faez Azemi sebagai Riduan
Sean Lee sebagai Jia Wu
Syafiq Ahmad sebagai Hadi
Zain Ahmad sebagai Syukri
Sharifah Shahira sebagai Zahara

LAGU TEMA / OST MY COFFEE PRINCE 
Tajuk : Sebentar Saja
Penyanyi : Janna Nick

SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 

Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.