eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Mencari Qiblat Lakonan Aeril Zafrel, Mona Allen, Adam Shahz


Drama terbaru arahan Rashid Sibir bertajuk Mencari Qiblat bakal mengisi slot Zehra di TV3. Ditunjangi oleh Aeril Zafrel. Drama ini mengetengahkan penceritaan berbeza dalam setiap episod. Nantikan tayangannya pada bulan Oktober nanti. 

JUDUL : MENCARI QIBLAT 
JUMLAH EPISOD : 13 episod 
TARIKH TAYANGAN : 25 Oktober 2018 
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam 
SIARAN TV : Slot Zehra TV3 
PENGARAH : Rashid Sibir 
TERBITAN : Rashbirmedia Sdn Bhd 
PELAKON : Aeril Zafrel, Mona Allen, Adam Shahz, Mubarak Majid, Elisya Sandha, Zaharil Adzim, Fauziah Nawi, Azhan Rani, Noorkhiriah, Ashraf Muslim, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Zarul Husin, Farahdhiya, Reen Rahim, Shahzril Ahmad, Khir Rahman, Zarina Zainuddin, Dato Rahim Razali, Dato Ahmad Tarmimi Serigar, Aleza Shadan, Anne Abdullah, Zila Bakarin, Didie Alias, Arash Mohd, Ameerul Asyraf, Syaiful Bahry, Fahrin Ahmad, Elly Mazlein, Mathni Razak, Nadzmi Adhwa

WATAK Pelakon
Aeril Zafrel sebagai Adam
Elisya Sandha sebagai Aida
Azhan Rani sebagai Ustaz Malik
Noorkhiriah sebagai Rosiah
Fezrul Khan sebagai Ruslan
Reen Rahim sebagai dila
Shahzril Ahmad sebagai Aidil

SINOPSIS MENCARI QIBLAT

Mencari Qiblat berkisar mengenai Adam, seorang anak muda yang hidup dengan penuh kemewahan. Tetapi hidupnya  dalam penuh kegelapan. Kemalangan jalanraya telah meragut ibu dan ayah Adam.  Kematian mereka telah membuka ruang baru dalam hidup Adam. Maka Ustaz Malik yang menguruskan jenazah ayah dan ibu Adam memberitahu hanya tiga perkara yang menghubungkan antara dunia dan akhirat, iaitu ilmu yang dipergunakan, doa anak-anak yang soleh dan sedekah jariah semasa hayatnya.  Tetapi sebagai anak, Adam bukan anak yang soleh dan dia jugak tidak tahu erti kehehidupan sebenarnya. Atas nasihat Ustaz Malik, Adam mengambil keputusan mencari dunia barunya. Dia mahu memberikah sedekah kepada ibu dan bapanya kerana ibu dan bapanya terlalu sayangkan dia dan dia jugak terlalu sayangkan ibu dan bapanya. Dia mahu membalas jasa ibu dan bapanya dan mahu berbakti sebagai tanda memohon ampun dan maaf daripada kedua ibu dan bapanya. Dari satu siri ke satu siri akan diberikan kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan kepada penonton dan sekaligus memperlihatkan Adam dari seorang yang kosong mengenai agama akan mendapat sedikit demi sedikit kefahaman mengenai Islam dan jugak kehidupan selepas mati. Di akhir setiap episode barulah Adam akan lebih mengetahui Qiblatnya.