eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

‘Ditumpang’ Lelaki Misteri “Nasib Baik Kereta Kunci,” Wanita Cerita Detik Cemas

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita bersama anaknya yang berada dalam ketakutan setelah kereta yang dinaikinya ‘ditumpang’ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Salam semua rakan2 koi…
Koi nak share sikit cerita Siang tadi koi Kat Trafiq light jalan Teluk sisek menghala ke tg Lumpur kerana memenuhi undangan majlis Akikah kawan kerja koi Kat kempadang…
Sampai kat sana Trafiq light masih merah jadi koi mcm biasa layan ker anak2…Tetiba koi Dari jauh nampak dah budak ni mcm lalok Kat pembahagi jalan…Berjalan macam orang mabuk…tetiba sampai Kat kereta dia nak buka Kereta koi…memang terkejut lah Kami semua…nasib baik kereta kunci memang tak dapatlah dia nak masuk…diketuk-ketuk cermin kereta koi..koi ingat ada langgar dia ke apa sampai dia meroyan mcm nak gila dgn koi..pastu dia naiknya belakang kereta koi…

 memang koi buntu tak tahu nak buat apa..kalau turun buka kereta kan dia masuk kereta mati koi anak beranak..pastu tetiba trafik light hijau..koi takkan nak stop kat situ nak suruh dia turun memang tak berani keluar dengan kereta penuh kiri kanan tgk kat kami belaka….jadi koi buat keputusan jalan sekali dgn dia2 kat belakang..koi fikir nak stop kat balai polis tg Lumpur jer hantar mamat ni,tawakal jer bawa dia dekat belakang dgn dia buat muka pelik2 kat belakang,koi takut dia terjun dari kereta ke….

 macam2 koi fikir…takut wehhh…mana tahu sampai kat pasaraya jaya gading tg Lumpur dia ketuk2 cermin belakang suruh stop..koi stop lah takut pecah cermin belakang dibuatnya…lepas dia turun jer kereta berdesup koi pecut…peehhh memang takut lah Wei main ngan anak kecik dlm kereta…so koi nak ingatkan semua hati2 kat sini..kunci kereta…selalu tgk cermin sisi mana tahu malang tak berbau…alhamdullilah koi ngan anak2 semua selamat…syukur.


Menerusi perkongsian tersebut juga, orang ramai dinasihati untuk lebih berhati-hati supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan. Perkara ini kerana kita tidak mengetahui baik buruk seseorang lagi-lagi yang tidak kita kenali.

Sumber: Sharifah Awliya Qaisara