eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Peringatan Kaedah Sebenar Sebelum Beri Salinan Kad Pengenalan


Kebanyakan urusan rasmi hari ini seperti permohonan pinjaman, permohonan kerja dan sebagainya memerlukan kita untuk menyertakan sekali salinan kad pengenalan.

Namun, tahukah anda bahawa sekiranya salinan kad pengenalan anda itu jatuh ke tangan insan yang tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk pelbagai tujuan.

Maka, pihak Bernama telah berkongsikan satu video mengenai kaedah yang betul untuk menyertakan atau memberikan salinan kad pengenalan untuk apa jua urusan agar ia tidak disalahgunakan.

Video itu juga telah dikongsikan semula oleh akaun Twitter 999 Malaysia baru-baru ini. Antara langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh pemilik kad pengenalan ialah:

Buat Penyilangan di Penjuru Salinan

Langkah pertama yang perlu diambil ialah kita perlu membuat satu penyilangan di mana-mana penjuru salinan. Penyilangan dibuat dalam dua garisan iaitu di sebelah atas dan bawah.


Bagaimanapun, kebanyakan pihak akan membuat penyilangan di bahagian yang terletaknya imej cip kad pengenalan.

Tulis Tujuan Salinan Disediakan

Selepas itu, orang ramai dinasihatkan untuk menulis tujuan atau atas urusan apa salinan kad pengenalan itu diberikan. Ia adalah bagi mengelakkan salinan itu digunapakai untuk urusan lain oleh orang tidak bertanggungjawab.

Menurut video itu lagi, antara perkara buruk yang mungkin boleh berlaku sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga ini ialah dibelenggu dengan hutang yang bukan dipohon oleh anda sendiri.

Anda boleh tonton video penuh di bawah:Menurut video itu lagi, antara perkara buruk yang mungkin boleh berlaku sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga ini ialah dibelenggu dengan hutang yang bukan dipohon oleh anda sendiri.

Anda boleh tonton video penuh di bawah: