eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bahaya Guna Telefon Bimbit Ketika Berak Boleh Menyebabkan Buasir ?


Penggunaan telefon bimbit di dalam tandas pada hari ini dapat dilihat kerana arus perubahan zaman di mana pada zaman terdahulu, orang akan membaca surat khabar, buku atau majalah sebagai sumber bacaan semasa membuang air, namun pada hari ini, oleh sebab segalanya boleh didapati pada telefon bimbit, orang memilih untuk menggunakan telefon bimbit sebagai bahan bacaan, bermain “game” mahupun bersosial.

Walau bagaimanapun, perbuatan menggunakan telefon bimbit ketika membuang air di tandas ini kini dipercayai bakal merisikokan kesihatan anda. Kajian yang dijalankan oleh pakar mengenai perbuatan tersebut mendedahkan bahawa, perbuatan tersebut boleh mengakibatkan buasir.

Pengarah Klinikal patient.info, Dr Sarah Jarvis menjelaskan bahawa, telefon bimbit anda akan membuatkan anda menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas, dan secara tidak langsungnya ia akan meningkatkan risiko anda untuk menghidapi haemorrhoids atau pun buasir.

Lebih lama anda menggunakan telefon bimbit di dalam tandas, lebih lama lah anda akan duduk menghabiskan masa di dalam tandas, ini bermakna bahawa tekanan akan meningkat pada saluran dubur anda di bahagian rektum.

“Sembelit dan teranan yang ekstrim merupakan salah satu faktor utama penyakit buasir ini. Mengandung, batuk kronik dan faktor umur juga merupakan salah satu faktor penyakit itu”, kata Dr Jarvis.

Sama juga dengan duduk terlalu lama di atas jamban. Pada masa lalu, ada di antara kita yang membawa buku untuk dibaca ke dalam tandas, namun pada hari ini kita lebih cenderung untuk membawa telefon bimbit masuk ke dalam tandas”, Ujarnya lagi.