eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(video) Kesedihan Bapa Adib Agar Kes Diadili dengan Seadilnya

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Khairul Azri di media sosial, rayuan ibu bapa Adib mengenai keputusan yang akan diumumkan itu nanti ternyata mengundang rasa hiba ramai.


Kehidupan kami seolah-olah tidak sempurna
Assalamualaikum kepada seluruh rakyat malaysia.

Saya terharu dengan prihatin dan sikap ambil berat seluruh rakyat Malaysia terhadap keadilan untuk Adib selama ini. Kehidupan kami seolah-olah tidak sempurna dan sentiasa memikirkan perihal keadilan yang tertangguh untuk Adib.

Saya dimaklum bahawa 27hb ini adalah keputusan inkues di Mahkamah Shah Alam. Ini adalah penentu sama ada keadilan untuk Adib dapat ditegakkan atau sebaliknya.

Kami sekeluarga tidak pernah jemu berdoa untuk Adib, mohon kepada Allah agar misteri kematian Adib dapat diadili seadil-adilnya.

Menyeru orang ramai untuk sama-sama berdoa
Saya menyeru kepada orang ramai untuk terus sama-sama berdoa agar keputusan inkues nanti dapat memberi keadilan dengan adil-seadilnya dengan tiada lagi campur tangan dan gangguan yang tidak sepatutnya.

Terima kasih saya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia membantu, yang prihatin terutama yang akan turut hadir pada 27hb untuk mendengar keputusan nanti.

Sekian terima kasih.