eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Cemburu Seorang Perempuan Drama Lakonan Amar Baharin, Amyra Rosli


Nantikan drama adaptasi novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong. Akan menemui penonton pada bulan September ini. 

JUDUL : CEMBURU SEORANG PEREMPUAN 
EPISOD : 20 episod 
TARIKH TAYANGAN : September 2019 
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10 malam 
SIARAN TV : Astro Ria & Astro Ria HD 
PENULIS NOVEL : Siti Hazneza Abdul Hamid 
PENGARAH : Eyra Rahman 
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd 
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Mior Darwish 

WATAK PELAKON 

Amar Baharin sebagai Zikri
Amyra Rosli sebagai Dhiya
Emma Maembong sebagai Emilia
Bella Dowanna sebagai Qila
Dini Schatzmann sebagai Najib
Fauzi Nawawi sebagai Sufian
Lisdawati sebagai Lea

SINOPSIS CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini rakan rapatnya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka.

Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.