eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis Maut Setelah Makan Pil Cuka Epal Untuk Kuruskan Badan

Pelajar Lindsey Bone, 20, meninggal dunia secara tiba-tiba selepas mengambil pil penurunan berat badan cuka epal untuk mengurangkan selera makannya. Beliau cuba mengurangkan berat badan dengan mengambil cuka epal itu dalam bentuk bil.

Menurut Dr Guy, ujian post mortem yang dilakukan keatas Bone menunjukkan tahap asid dalam darahnya sangat tinggi daripada biasa.


Kematiannya menjadi misteri, Brighton dan Hove Coroner Veronica Hamilton-Deeley menyifatkan kes itu sebagai “misteri” dan menyimpulkan cuka epal yang diambil bukan penyebab utama kepada kematiannya. Cara pemakanan dan diet yang diambil pada hari itu mungkin menjadi faktor kepada kematiannya.

Ibu Bone, Mandy menyatakan rasa sedihnya terhadap kematian anaknya dan berpesan kepada gadis muda diluar sana agar tidak melakukan diet melampau yang boleh membawa kemudaratan kepada diri.

Sumber: Daily Star