eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ibu Dan Anak Maut , Belon Udara Panas Meletop


Seorang ibu dan anak perempuannya dipercayai telah meninggal dunia apabila belon udara panas yang mereka naiki tiba-tiba pecah pada ketinggian 10,000 kaki di udara.

Menurut laporan media China, kejadian tersebut itu berlaku pada Selasa lepas di satu kawasan di Majiagou, China. Pada awalnya, pihak polis mengesahkan bahawa belon hidrogen tersebut tidak mendapat pengiktirafan. Tambahnya lagi, projek belon udara panas itu merupakan aktiviti haram dan ianya dikelaskan sebagai kes jenayah.

Menerusi satu rakaman di portal media China, kelihatan belon tersebut menaiki ruang udara dalam keadaan baik. Namun, selepas beberapa ketika, tali yang mengikat belon berkenaan putus sehingga menyebabkan belon tersebut tidak terkawal. Dalam masa yang singkat, ia terus bergerak ke udara dengan ketinggian sekitar 10,000 kaki.

Belon udara panas tersebut tiba-tiba meletup menyebabkan pasangan ibu dan anak perempuannya terjatuh ke darat dan meninggal dunia.

Biro Pengurusan Kecemasan Perbandaran Yantai telah menubuhkan sebuah pasukan penyiasatan kemalangan untuk campur tangan dalam siasatan dan ianya masih di dalam proses.