eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pusaka Filem Lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi

Astro Shaw dengan kerjasama syarikat produksi Director’s Think Tank dan Alpha47 Films mempersembahkan sebuah filem seram berjudul 'Pusaka' yang menggabungkan elemen penyiasatan dan mistik. Filem menelan belanja sebanyak RM2 juta itu diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faizal Hussein, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina dan ramai lagi. Bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula 31 Oktober ini.

TAJUK : PUSAKA 
Tarikh Tayangan : 31 Oktober 2019 
Idea Asal :  Natasha Chopra 
Skrip : Anwari Ashraf dan Alfie Palermo 
Pengarah : Razaisyam Rashid 
Terbitan : Astro Shaw, Alpha47 Films, Director’s Think Tank 
Pelakon : Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Draman Muhammad, Aloy Paradox, dan Yuna Rahim.

SINOPSIS PUSAKA

Mengisahkan tentang Inspektor Nuar Ishak (Syafiq Kyle) yang telah menemui mayat wanita bernama Balqis dan Qistina (Sweet Qismina) pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar.

Semenjak itu, hidup Inspektor Nuar Ishak asyik diganggu pelbagai kejadian aneh, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.  Disamping permasalahan dengan adik kembarnya Nur (Mimi Lana) dan semakin hilang pertimbangan diri, Nuar harus selesaikan kes tersebut sebelum ramai lagi nyawa yang hilang.