eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) Kagum Gadis Kudung Tangan Guna Kaki Pakai Tudung

Wanita kelainan upaya (OKU) ini membuatkan ramai pelajar tingkatan 3 di SMK Tiwa terpukau dengan kemahiran beliau menggunakan kaki untuk memakai hijab dengan kemas.

Dalam video yang dikongsikan di Youtube oleh Azmiah Mahmud, Syahirah yang merupakan salah seorang staf di Kolej Komuniti Teluk Intan telah dijemput untuk memberi motivasi bagi pelajar tingkatan 3 di SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah Perak dalam Program Pasca PT3.

Beliau berkongsi cara bersiap memakai tudung daripada memasukkan kerongsang sehinggalah melilit selendang dengan mudah.

Liku-liku kehidupannya selama ini sejak kecil telah membuatkan Syahirah menjadi seorang wanita besi yang berdikari dan mampu melakukan rutin seperti orang lain bagi meneruskan kehidupan beliau.

Video itu turut mendapat perhatian netizen yang meninggalkan komen-komen positif di perkongsian tersebut. Semoga dapat menjadi inspirasi buat kita semua.