eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Cemburu Seorang Perempuan Episod Akhir , Apa Yang Akan Terjadi ?

Cemburu tu lagi bahaya dari segala senjata dalam dunia ni pada Perempuan.

EPISOD AKHIR
CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
7 MALAM INI
Hanya di Astro Ria dan RiaHD

Adaptasi novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hasniza

Segala perasaan berkumpul menjadi satu.

Begitulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan rasa yang bergolak dalam hati penonton setia drama bersiri slot Dramavaganza, Cemburu Seorang Perempuan.

Lakonan Emma Maembong, Amyra Rosli dan Amar Baharin ternyata memberikan kesan di jiwa peminat.

Rata-rata memberikan komen positif terhadap drama bersiri arahan Eyra Rahman ini dan memuji watak Emi yang dijayakan oleh Emma.

Watak Emi, Zik dan Dhiya telah menjadi bualan peminat di laman sosial.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada mereka?

Sudah memasuki minggu terakhir, jangan lupa saksikan dua episod terakhir Cemburu Seorang Perempuan yang bakal bersiaran pada Jumaat (22 November) dan Isnin (25 November) ini jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!