Drama Bukan Gadis Biasa Lakonan Ayda Jebat, Remy Ishak - Keli Merah

Nantikan drama adaptasi novel Bukan Gadis Biasa karya Liza Nur di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Remy Ishak dan Ayda Jebat. Drama terbitan JS Pictures, arahan Azman Haji Yahya. Akan ditayangkan pada bulan Ramadan tahun 2020.

JUDUL : BUKAN GADIS BIASAEPISOD : 28 episodTARIKH TAYANGAN : 2020SIARAN TV : Slot Samarinda TV3PENULIS NOVEL : Liza NurPENGARAH : Azman Hj YahyaPRODUKSI : JS Pictures Sdn BhdPELAKON : Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Maskhan, Lia Natalia, Sheila Rusly, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Ozlynn, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

WATAK PELAKON 

Ayda Jebat sebagai Johana
Remy Ishak sebagai Rayyan
Nazim Othman sebagai Amer
Maskhan sebagai Amirul
Lia Natalia sebagai Ujah
Sheila Rusly sebagai Opah Aminah
Ako Mustafa sebagai Pak Ya
Shajiry sebagai Bruno Din
Ozlynn sebagai Juliana
Zarul Husin sebagai Suffian
Idzham Ismail sebagai Bun
Chacha Maembong sebagai Hanim
Ashhry Atan sebagai Azim

SINOPSIS BUKAN GADIS BIASA

Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jean dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya ‘emak’.

Cinta adalah sesuatu yang asing baginya. Pertemuan semula Amirul dengan Johana membuatkan Amirul yakin tentang perasaannya. Hidup Johana sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil tetapi berprinsip.

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Jo rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti. Takdir memerangkap dirinya di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah, memilih jalan bahagianya bertemankan sekeping hati yang lain?

Lakonan Hebat

Ayda Jebat, Remy Ishak, Lia Natalia, Sheila Rusly dan ramai lagi.

Sinopsis Bukan Gadis Biasa

Menyingkap ceritera manusia-manusia yang pernah melalui zaman gelap ketika kecil. Ia didukung oleh watak-watak yang kuat untuk meninggalkan impak yang mendalam kepada para pembaca.

Johana anak seorang penjenayah dan penagih dadah. Namun, ia tidak menyekat dia supaya berusaha untuk keluar dari label gagal yang diletakkan manusia padanya.

Rayyan pula mangsa dera yang kerapkali dipijak. Tetapi, semangatnya untuk berjaya menjadikan dia lelaki cekal yang tidak pernah mengenal erti putus-asa.

Watak-watak ini terjerut dengan pelbagai pemasalahan dunia dan seperti manusia-manusia biasa yang lain, adakalanya mereka menerima penangan emosi yang dahsyat.

Bukan Gadis Biasa juga mengangkat nilai kasih sayang, persaudaraan dan persahabatan yang menjadi tujang utama karya. Tema cinta menjadi perencah yang menambah kemanisan watak-wataknya disamping mengetengahkan isu-isu tenat seperti penderaan kanak-kanak dan jenayah.

Karya Bukan Gadis Biasa juga terselit humor yang membuatkan pembaca lebih relaks meskipun ia membawa tema yang berat.

Jangan lupa nanti tonton drama Bukan Gadis Biasa di slot Akasia TV3 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

Drama Bukan Gadis Biasa Lakonan Ayda Jebat, Remy Ishak

Load Comments

Notifications

Disqus Logo