eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Mati! Mati lu mati!” Isteri Pukul Berkali-Kali Guna Tongkat ,Stress Jaga Suami Sakit


Tular  satu video di Twitter menunjukkan seorang isteri memukul suaminya yang sedang duduk di atas sofa. Menurut Detik, Juliana, 35, dah tak tahan menjaga suaminya yang mengalami strok dan alzheimer.

Video itu memang dirakam sendiri wanita tersebut di rumah mereka pada 11 Disember lepas di mana dia mengeluh dan menceritakan penat lelahnya menjaga suaminya, Howard berusia 64 tahun.


Juliana marah dengan Howard yang selalu buang air besar di seluar dan katanya pada hari kejadian selepas membersihkan punggung dan seluar, Howard bangun dan mengorek punggung.

Kenapa ini orang ya? Nggak tau orang capek apa ya?”

Dia sendiri kata tak kisah jika mahu diceraikan tapi dengan syarat diberikan wang sebanyak 1 Miliar Rupiah (RM295,000).




Dia terus menuju ke arah Howard dan memukulnya berkali-kali menggunakan tongkat. Howard meraung kesakitan namun tidak dihiraukan dan tetap dipukul beberapa kali di bahagian badan.

                             "Mati! Mati lu mati!”




Polis kemudian datang ke rumah pasangan itu selepas laporan dibuat oleh jiran tetangga. Menurut laporan, Howard kemudian di bawa pulang oleh ahli keluarganya.










Menurut Ketua Polis Daerah Penjaringan, Jakarta Utara, Imam Rifai, dia telah mengesahkan kejadian itu dan pihaknya juga telah melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Ya, memang kami mendapat laporan dari orang awam dan sudah membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian pada hari itu. Tetapi video itu baru viral sekarang,” katanya pada Selasa 17 Disember 2019.

Selain itu, dikatakan kejadian itu berlaku pada 11 Disember di kediaman mangsa.



Beberapa anggota polis telah dikerahkan untuk ke lokasi kejadian selepas menerima aduan dari orang awam.

Suspek berusia 35 tahun ditahan polis manakala mangsa, 64, dibawa pulang ke rumah keluarganya. Kes itu masih dalam siasatan dan pihak polis belum mengetahui punca atau motif sebenar kejadian.

Sumber: @danielht2009