eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sembilan Drama Lakonan Beto Kusyairi, Amerul Affendi

Saksikan drama bergenre seram thriller berjudul 'Sembil9n’ gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Pelakon Malaysia dibintangi oleh Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani, Sara Ali dan Luqman Hafidz manakala bintang Indonesia adalah Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Endhita Wibisono dan Roy Marten. Drama Sembil9n boleh distrim secara percuma untuk semua pelanggan Astro di aplikasi Astro GO mulai 6 Disember 2019.

JUDUL : SEMBIL9N
EPISOD : 10 episod
PENULIS SKRIP : Salman Aristo
PENGARAH : Razaisyam Rashid
TERBITAN : Astro Shaw
PELAKON : Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani, Sara Ali, Luqman Hafidz
Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani, Sara Ali, Luqman Hafidz, Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Endhita Wibisono, Roy Marten

SINOPSIS SEMBILAN

Mengisahkan tentang seorang pelacur bernama Rimbun (Atiqah Hasiholan) yang mempunyai reputasi buruk di kalangan penduduk Kampung Tanah Merah. Rimbun dikenali sebagai pelacur yang sanggup melayan sesiapa sahaja yang melanggannya. Rimbun kemudiannya hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Taduh (Bima Azriel). 

Namun begitu, Rimbun tidak mengetahui siapakah bapa kandung Taduh. Sepanjang sembilan tahun membesarkan Taduh, Rimbun sering mengabaikan dan melayan anaknya dengan kasar. Sehinggalah pada suatu hari, Taduh tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Pada ketika saat itulah, Rimbun akhirnya menyedari yang Taduh adalah satu-satunya harta yang dia miliki dan tidak sanggup kehilangannya. Rimbun berusaha mencari Taduh dan sanggup merayu kepada penduduk kampung untuk membantu mencari Taduh. 

Namun, usaha pencarian mereka menemui jalan buntu. Setelah sembilan tahun berlalu sejak kehilangan misteri Taduh, Rimbun menyesali kehidupan ‘gelap’ zaman lampaunya dan sudah bertaubat ke jalan lurus. Rimbun juga sudah bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan seorang peniaga bernama Azim (Beto Kusyairy). 

Pasangan ini menjalani kehidupan serba sederhana dengan cukup bahagia. Rimbun juga dikurniakan rezeki untuk hamil sekali lagi dan mengharapkan agar bayi ini mampu mengubat kerinduannya kepada Taduh. Namun, misteri kehilangan Taduh yang belum terungkai tiba-tiba dikejutkan pula dengan kemunculan semula Taduh tetapi masih dalam keadaan usia sembilan tahun sama seperti sewaktu kehilangannya.

Kepulangan Taduh mengundang pelbagai spekulasi daripada penduduk Kampung Tanah Merah. Adakah dia masih ‘Taduh’ ataupun cuma jelmaan?