(video) Abang Takut Adik Ajak Main,Lucu Gelagat Budak Kecik Ini - Keli Merah

Video yang sedang tular di laman Twitter baru-baru ini yang menampilkan gelagat dua budak comel tapi salah seorang daripada mereka enggan bermain sama.

Nak kawan dengan abang tapi agresif sangat Dah La Abang Soft Je Orangnya

Menurut ibu kepada bayi yang dikenali sebagai Hariez Ilham (berbaju kuning) ini, anaknya teruja mahu ajak sepupu melakukan aktiviti bersama-sama ketika mereka berkumpul di sebuah homestay baru-baru ini. Oleh sebab itu, dia sendiri cuba merangkak ke arah saudaranya setiap kali terlihat kelibatnya. Namun entah apa puncanya, budak lelaki tersebut dilihat seperti takut untuk main bersama Ilham dan berusaha mengelakkan diri daripadanya.

Sorang Dah La Mat Saleh Sorang Lagi KPop

Menariknya, sepupunya itu tidak pernah menolak jatuh atau menyakiti Ilham meskipun dia kurang berminat untuk main sekali. Sebaliknya, dia sendiri yang jatuh terlentang gara-gara ditolak dan ditarik oleh kanak-kanak berusia 11 bulan lebih itu. Dalam pada itu, ibunya turut bermurah hati untuk berkongsi foto comel kedua-dua budak lelaki berkenaan. 

Ajak Main Macam Ajak Gaduh Comel Je.

Siapa sangka, rakaman yang hanya berdurasi kurang daripada 40 saat itu telah mencuri perhatian ramai netizen serta meraih lebih 30 ribu retweets setakat ini. Selain berasa terhibur melihatkan aksi ditampilkan oleh kedua-dua si cilik berkenaan, rata-rata mereka turut mendakwa bahawa tubuh Ilham yang lebih ‘semangat’ mungkin telah menakutkan sepupunya itu. 

Sumber: Ayiya

(video) Abang Takut Adik Ajak Main,Lucu Gelagat Budak Kecik Ini

Load Comments

Notifications

Disqus Logo