eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

[VIDEO] Kehidupan Orang Bandar Berubah 360 Darjah , 'Kampung People' Memang Lawak Habis


Sebaliknya, naskah yang lebih ringan dan berunsurkan komedi dilihat lebih mencuri perhatian ramai seperti drama terbaru yang berjudul ‘Kampung People’ ini.



Keluarga bandar terpaksa pindah masuk kampung

Tampil dengan plot berbeza, drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini berkisarkan tentang seorang lelaki yang mahu mengelakkan diri daripada menjadi saksi insiden jenayah yang dilakukan oleh majikannya. Atas sebab itu, dia bersama keluarga terpaksa menukar identiti mereka dan berpindah tinggal di sebuah kampung. Satu demi satu kejadian lucu berlaku apabila mereka cuba menyesuaikan diri dengan suasana baru tersebut. Selain dibarisi pelakon otai lain, teraju utamanya adalah Elly Mazlein (Mona/Aminah) dan Rashidi Ishak (Razif/Abu Bakar).









Pelakon baru & kanak-kanak comel curi tumpuan

Dalam pada itu, peranan Riena Diana DFKL dan Kamarul Eqifshah sebagai anak-anak dalam keluarga itu turut tidak kurang hebatnya. Meskipun baru 3 episod bersiaran di televisyen, namun gelagat watak Laila dan Adam bersama ibu bapa mereka sangat melucukan. Mana tidaknya, bukan senang keluarga tipikal bandar yang terpaksa belajar hidup di kampung. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah apabila Adam panggil ibunya sebagai bibik tatkala terjaga daripada tidur. 











Episode 3 .. helper me now mona cakap🤣🤣🤣 . byk lg sc yg buat hal 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 .. tu blum lg scene org kampung🤣🤣🤣🤣 . Jgn lupa dating dgn kami team #kampungpeople ya . Keluarga #anehaneh akn menghantui anda bermula mlm ni .. slot lestary.. setiap rabu hingga Jumaat.. jam 9mlm hanya d #Tv3 agitchuuuuuu . Rugi klu x tgk .. anda akn ketawa sepnjng masa sbab #kampungpeople ni smua orgnya #anehaneh 🤣🤣🤣🤣 . Yg tgh besedih, yg tgh stress, yg tgh rengsekkkk, yg tgh marah.. yg tgh sunyi, yg tgh sakit hati, yg tgh lapa ,mehhhh tgk #kampungpeople .. pasti buat anda sakit perut ketawa smpai muka jd biru ala ala lebammmm camtoooo haaaaa 🤣🤣🤣🤣🤣 . Jgn lupa tau mlm ni .. 9mlm di #Tv3 #kampungpeople pommmmm❤❤❤ . @dramasangat #dramasangat #TV3Malaysia #KampungPeople #Lestary . #HelperMeNow
A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on





Semua masuk air…lagi best daripada cerita cinta Melayu

Ternyata drama yang membawa tema lain daripada lain ini telah mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen. Selain terhibur melihat penampilan lucu dan gelagat ‘masuk air’ setiap watak dalam drama itu, mereka turut teruja dapat menyaksikan drama yang tiada kisah cinta klise seperti ini.